BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 25 July 2010

Korban = kerjaya

Untuk kita menjadi orang yang berjaya dalam hidup, kita perlu bersedia untuk berkorban. kita kena sanggup untuk berkorban bila-bila masa, berkorban apa saja.

Berkorban maksudnya kita sanggup melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Jalan menuju kejayaan serta kecemerlangan memang sukar, memerlukan pengorbanan – pengorbanan masa,pengorbanan tenaga, pengorbanan duit.


Berkorban bukan untuk kepentingan diri kita sendiri saja tapi untuk kepentingan orang lain, kepentingan bersama.

Jika Anda amati betul-betul erti sebuah kejayan, ia adalah gabungan pengorbanan individu digabung dengan pengorbanan bersama orang lain.

Kita memerlukan orang lain untuk berjaya kerana kita memerlukan sokongan mereka, kata-kata semangat dari mereka, suntikan inspirasi dari pengorbanan mereka demi kejayaan kita.

0 comments: