BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 25 July 2010

Korban = kerjaya

Untuk kita menjadi orang yang berjaya dalam hidup, kita perlu bersedia untuk berkorban. kita kena sanggup untuk berkorban bila-bila masa, berkorban apa saja.

Berkorban maksudnya kita sanggup melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Jalan menuju kejayaan serta kecemerlangan memang sukar, memerlukan pengorbanan – pengorbanan masa,pengorbanan tenaga, pengorbanan duit.


Berkorban bukan untuk kepentingan diri kita sendiri saja tapi untuk kepentingan orang lain, kepentingan bersama.

Jika Anda amati betul-betul erti sebuah kejayan, ia adalah gabungan pengorbanan individu digabung dengan pengorbanan bersama orang lain.

Kita memerlukan orang lain untuk berjaya kerana kita memerlukan sokongan mereka, kata-kata semangat dari mereka, suntikan inspirasi dari pengorbanan mereka demi kejayaan kita.

Carilah Matlamat anda

  • Jika anda tidak merancang strategi anda, mana mungkin anda boleh mencapai kejayaan anda. Para pelari pecut balapan 100meter pun berlatih setiap hari untuk memastikan mereka dapat memecahkan rekod (matlamat). Ada strategi yang di ambil kira, termasuk kekerapan latihan, teknik larian, pemakanan dan pengurusan emosi. Kita? Matlamat kita? Jika matlamat anda mahu berjaya tahun ini, maka anda perlu merancang segala perjalanan hidup dan menguruskan perbelanjaan bukan? Kerana jika tidak, mana mungkin anda dapat mencapainya ? Semuanya perlu perancangan...

  • Jika anda tidak merancang strategi anda, mana mungkin anda boleh mencapai kejayaan anda. Para pelari pecut balapan 100meter pun berlatih setiap hari untuk memastikan mereka dapat memecahkan rekod (matlamat). Ada strategi yang di ambil kira, termasuk kekerapan latihan, teknik larian, pemakanan dan pengurusan emosi. Kita? Matlamat kita? Jika matlamat anda mahu berjaya tahun ini, maka anda perlu merancang segala perjalanan hidup dan menguruskan perbelanjaan bukan? Kerana jika tidak, mana mungkin anda dapat mencapainya ? Semuanya perlu perancangan